Ibu - Indonesian Idol Jr
9:22:00 AM
*this video contain emotional elements*
Farizal atau Rizal datang dari keluarga yang serba kekurangan. Kedua orang tuanya telah pergi mengadap Ilahi pada Ogos yang lepas. Mereka meninggalkan dia bersama adiknya. Rizal kini tidak lagi bersekolah semenjak pemergian kedua ibu dan bapanya kerana tidak mampu memebayar yuran sekolah. Rizal dan adiknya kini menetap di Sanggar Yayasan Anak Jalanan Burungan (if I could hear him mentioned properly). Mungkin kita tidak mengenali siapa Farizal ini. Mungkin kita fikir Farizal hanyalah seorang peserta seperti mereka yang lain. Namun, semangat waja yang di bawa oleh tubuh kecil ini mampu memberi kesan yang sangat mendalam. I have never seen such an inspirational video before.
Selama saya mengikuti video di You Tube, saya rasakan inilah video yang sangat memberi inspirasi pada kita semua. Inspiration to be strong regardless of what come in between. God gives us test to make us a stronger person.
Juri menanyakan Rizal, apakah motivasi utama yang membuatkan beliau menurut serta di dalam Indonesia Idol Jr ini. Rizal menjawab, jika diberikan rezeki dalam rancangan ini, duit yang dimenanginya akan digunakan bagi memperbaiki kubur kedua orang tuanya di kampung. Betapa sucinya niat seorang kanak-kanak kecil ini. Apa niat kita kalau kita menang duit sebanyak ini?
Juri juga sempat menanyakan Rizal apakah karacter kedua orang tua Rizal. Dia menjawab, baik orangnya. Juri juga menanyakan Rizal, apakah yang telah diajari orang kdua ibu dan bapanya sehingga dia mampu menjadi sebegini kuat pada usia yang muda? Jawabnya:
Tidak berbuat jahat pada orang
Sentiasa berbakti pada orang tua
Menjaga adik dengan baik
Tahu membezakan mana baik dan buruk
Melindungi adiknya dari sebarang bahaya
Sentiasa berani
Allah membalas apa yang baik dan apa yang jahat
Jangan melawan orang
Tonton vidoe ini dan nilai diri anda, apakah bakti yang telah dicurahkan oleh anda terhadap kedua orang tua anda termasuk diri saya sendiri.
0 comments